17 Februari 2013
11 Februari 2013
3 Februari 2013
Teknik Mendaki Laluan Curam
Pernahkah anda mendaki (climb) yang sangat curam sehingga roda depan basikal anda terangkat?
Kami pasti majoriti mountain biker pernah mengalami situasi sebegini. Persoalannya, bagaimanakah kita mahu mengatasi masalah ini?Perkara asas yang paling penting difahami ialah fungsi imbangan ketika mendaki atau menuruni bukit. Sebagai rider kita perlu memastikan badan kita berada di tengah-tengah pusat graviti bagi memastikan kedua-dua tayar basikal mendapat tekanan yang cukup untuk cengkaman.
Oleh itu kita biasanya akan menundukkan badan ketika mendaki dan menolak badan ke belakang saddle (seat) ketika menuruni bukit.
Jadi, jika mendaki sehingga roda depan terangkat, apa yang perlu kita buat?
Mudah sahaja. Roda terangkat kerana bahagian depan basikal menjadi terlalu ringan disebabkan pendakian yang curam (terlalu menegak). Roda menjadi ringan kerana badan kita tidak berada di pusat graviti yang betul. Di sini anda boleh mencuba 2 perkara berikut:- Tundukkan badan ke depan dan dagu menghampiri (setentang) stem. Ini akan menambah berat pada roda hadapan.
- Jika masih tidak cukup, cuba anjakkan diri ke depan dan duduk di hujung muncung saddle. Ini akan lebih memberi tekanan dan cengkaman yang baik kepada kedua-dua roda basikal anda. Roda depan tidak akan terangkat dan roda belakang tidak menggelongsor.
Adalah amat penting juga untuk anda meneruskan pusingan kayuhan untuk memudahkan imbangan. Jika terhenti, anda mungkin tidak dapat mengawal basikal dengan baik dan akan terjatuh. Berusaha untuk meneruskan kayuhan walaupun perlahan dan menggunakan gear yang paling ringan.
Tips untuk melakukan pendakian Non-Stop (khusus untuk beginner)
Tips ini mungkin sesuai bagi mereka yang baru berjinak-jinak dengan MTB atau yg masih cuba untuk melakukan dakian bukit panjang yang pertama secara non-stop. Kita ambil contoh mana-mana bukit dengan ketinggian lebih 200m dengan jarak dakian minima sekitar sebatu atau 1.5km.Bagi yang dah mencuba atau mendaki kali pertama tentu mengetahui bahawa ianya tak semudah yang disangka. Pernafasan mungkin cukup huru-hara. Walaupun begitu, tujuan artikel ini adalah untuk menerangkan tentang ‘base fitness’ sebelum ‘push’ ke tahap seterusnya.
Sebagai permulaan, cuba beberapa perkara berikut:
- Kunci utama adalah mental – ini sahaja kekuatan yang ada pada orang yang mungkin tidak berapa larat. Sebab dari sini akan datangnya target.
- Sebab kekurangan tenaga, maka kayuhan mungkin adalah yang paling slowwwww… Jadi, terus guna gear yang paling ringan.
- Untuk melakukan non-stop bermakna anda tidak boleh berhenti! Jadi kayuhlah paling slow, tidak perlu push untuk laju. Yang paling penting – pusing crank tu satu, satu dengan segala kudrat yang ada.
- Untuk bersabar, kita mungkin perlu tunduk sahaja. Kurangkan melihat ke hadapan bagi mengelak rasa ‘down’ sebab nampak masih jauh lagi.
- Bila sudah terlalu slow, kadangkala speed meter pun akan menunjukkan 0km/j… maka imbangan pun jadi kelam kabut. Oleh itu, pusingkan hendal ke kiri dan ke kanan untuk imbangan.
- Tebalkan muka dan buat tak tahu saja! Maklumlah dah slow, maka adalah yang akan potong. Biarkan dan tak perlu kejar… layan diri sendiri sahaja.
- Tak perlu kira masa. Ambil masa selama mana pun asalkan crank itu berpusing dan tidak berhenti. Pejam celik, pejam celik, anda akan sampai juga ke puncak juga nanti.
Mungkin juga anda boleh adjust mana-mana setting yang patut untuk memudahkan dakian seperti menukar stem yg lebih panjang dan lain-lain. Anda boleh juga bereksperimen dengan gear yang sesuai, bergantung kepada tahap kecerdasan diri.
Aerobic vs Anarobic
Mungkin ramai yang tidak perasan perkara ini. Ianya berbeza bagi setiap orang. Sebagai contoh di antara Lance Armstrong dan Jan Ulrich – 2 ikon rider utama di Tour de France.Bagi Lance Armstrong, beliau biasanya akan menggunakan gear yang lebih ringan tetapi kayuhan yang lebih laju. Ini kerana Lance mempunyai kelebihan dari segi Aerobic (jantung). Manakala Jan Ulrich sering menggunakan gear yang lebih berat kerana punya daya Anarobic (kekuatan otot fizikal) yang lebih tinggi. Dapat bezakan?
Yang Mana Satu Kekuatan Anda?
Ini anda kena rasa sendiri. Bagi kebanyakkan yang pernah menjadi atlit seperi larian jarak jauh, mereka pasti punya kelebihan dari segi aerobic. Bagi yang bukan atlit, maka secara dasarnya akan ada kekurangan dari segi aerobic.Bila berkayuh laju, atau menggunakan gear ringan terlalu laju, maka akan cepat penat atau kehabisan angin. Jadi antara penyelesaian yang boleh dilakukan ialah latihan untuk kekuatan kaki atau anarobic. Teorinya adalah dengan menggunakan gear yang lebih berat tetapi kelajuan kayuhan yang sederhana. Maknanya kita akan kayuh lebih berat ketika climb, tidak terlalu laju tetapi akan rasa lebih relak, jimat tenaga untuk jangka masa panjang.
Dalam kebanyakkan kes, tidak perlu berlumba atau kejar mereka yang potong anda. Mungkin mereka punya kemampuan aerobic yg tinggi dan mengejar mereka akan hanya membuang masa serta menghabiskan tenaga dan angin anda.
Tetapi diingatkan bahawa tip ini tidak sesuai untuk semua orang. Ia bergantung kepada kemampuan individu yg berbeza. Klik ‘Like’ jika anda sukakan artikel ini dan kongsikannya dengan rakan-rakan yang lain…
Dipetik dari rajabukit.com
Cara Memilih Saiz Basikal Yang Betul
Pemilihan
saiz basikal adalah bergantung kepada saiz badan dan kaki anda.
Walaubagaimanapun, corak tunggangan anda juga akan memainkan peranan.
Sebagai contoh, jika anda lebih menumpukan kepada kayuhan atau racing, pemilihan saiz yang benar-benar tepat adalah amat penting. Tetapi jika anda lebih kepada suka-suka dan akan lebih seronok melayan trail ketika menuruni bukit di laluan yang pelbagai, anda digalakkan untuk memilih frame yang 1 inci lebih kecil dari saiz sebenar. Ini kerana frame yang lebih kecil akan lebih mudah dikawal dan lebih menyeronokkan.
Begitu juga jika anda memilih untuk menggunakan full suspension. Anda digalakkan untuk menggunakan saiz yang 1 inci lebih kecil berbanding hardtail. Ini kerana basikal full suspension biasanya adalah lebih tinggi berbanding hardtail.
Di bawah ini disediakan carta yang anda boleh gunakan sebagai asas untuk pemilihan saiz frame yang sesuai. Namun sebelum itu anda perlu melakukan sedikit ukuran pada badan anda.
Gunakan carta di bawah untuk memilih saiz basikal yang sesuai untuk anda. Dengan mengetahui ketinggian dan panjang kaki anda, adalah lebih mudah untuk menentukan saiz yang sesuai dan selesa untuk anda. Di antara 2 ukuran itu (tinggi dan inseam), inseam adalah lebih penting.
Mountain bike biasanya mempunyai ukuran dalam inci, iaitu dari bahagian tengah crank sehingga ke top tube.
Artikel ini dipetik dari rajabukit.com

Mengukur Ketinggian Anda
- Tanggalkan kasut anda
- Berdiri membelakangi dinding dengan kedua kaki terbuka bersahaja
- Minta bantuan rakan untuk ukur ketinggian anda dari kepala ke kaki lantai
- Tuliskan ketinggian anda dalam inci atau sentimeter
Mengukur Panjang Kaki Anda (Inseam)
- Panjang kaki anda atau inseam basikal adalah berbeza dengan inseam pakaian atau saiz jeans
- Mulakan dengan menanggalkan kasut anda
- Berdiri membelakangi dinding dengan kedua kaki terbuka bersahaja
- Letakkan sebuah buku di ‘kelangkang’ anda dengan bahagian ‘binding’nya menghadap ke atas
- Minta bantuan rakan untuk mengukur dari lantai ke bahagian atas ‘binding’ buku
- Catatkan ukuran dalam inci atau sentimeter
Gunakan carta di bawah untuk memilih saiz basikal yang sesuai untuk anda. Dengan mengetahui ketinggian dan panjang kaki anda, adalah lebih mudah untuk menentukan saiz yang sesuai dan selesa untuk anda. Di antara 2 ukuran itu (tinggi dan inseam), inseam adalah lebih penting.
Mountain bike biasanya mempunyai ukuran dalam inci, iaitu dari bahagian tengah crank sehingga ke top tube.
Panduan Saiz Mountain Bike
Mountain Bikes – Pilih Saiz Yang Betul | |||
Tinggi Anda | Panjang Kaki (Inseam) | Saiz Frame | |
4’11″ – 5’3″ | 25” – 27” | 13 – 15 inci | |
5’3″ – 5’7″ | 27″ – 29″ | 15 to 17 inci | |
5’7″ – 5’11″ | 29″ – 31″ | 17 to 19 inci | |
5’11″ – 6’2″ | 31″ – 33″ | 19 to 21 inci | |
6’2″ – 6’4″ | 33″ – 35″ | 21 to 23 inci | |
6’4″ & ke atas | 35″ and up | 23 inci & ke atas |
Artikel ini dipetik dari rajabukit.com
Penggunaan Gear Pada Mountain Bike
Mungkin anda sering mendengar soalan berikut, “Gear mana yang saya
perlu gunakan, adakah gear kecil atau besar?”. Jawapannya adalah
bergantung kepada diri anda dan keadaan. Semua orang mempunyai kekuatan
kaki yang berbeza, tahap kecergasan berbeza dan kemahiran yang juga
berbeza. Sebahagian kita sering menggunakan gear ringan dan sebahgaian
lain sebaliknya.
Sebagai contoh, lihat pada 2 ikon rider di Tour de France iaitu Jan Ulrich dan Lance Armstrong. Ulrich sering menggunakan gear yang lebih berat manakala Armstrong sebaliknya. Namun kedua-duanya cukup laju ketika mendaki atau ketika melakukan ‘time trial’.
Setiap orang mempunyai zon kayuhan selesanya sendiri. Kayuhan menggunakan cadence (pusingan/minit) yang tinggi akan meletakkan banyak bebanan ke atas kemampuan aerobic (pernafasan) anda. Pada kelajuan yang sama, rider yang fit akan mampu bertahan lebih lama pada kadar 90 rpm menggunakan gear lebih ringan berbanding 60 rpm pada gear lebih berat.
Bereksperimen dengan diri anda untuk mendapat gabungan gear dan cadence yang sesuai untuk anda.
Dalam banyak keadaan, adalah lebih baik anda menggunakan ring tengah. Dengan kombinasi gear belakang yang banyak akan dapat membantu anda melepasi pelbagai situasi. Satu fakta menarik ialah, ramai dari downhiller yang kuat akan hanya menggunakan satu ring bersama chainguide pada basikal cross country mereka.
Kekalkan ketegangan rantai anda agar ia tidak mudah terjatuh. Elakkan menggunakan ring kecil dan cog terkecil. Ini akan membuatkan rantai anda senang terjatuh terutama ketike menuruni downhill yang agak kasar.
Artikel ini dipetik dari Panduan Mountain Bike Trailrider Blueprint.
Sebagai contoh, lihat pada 2 ikon rider di Tour de France iaitu Jan Ulrich dan Lance Armstrong. Ulrich sering menggunakan gear yang lebih berat manakala Armstrong sebaliknya. Namun kedua-duanya cukup laju ketika mendaki atau ketika melakukan ‘time trial’.
Setiap orang mempunyai zon kayuhan selesanya sendiri. Kayuhan menggunakan cadence (pusingan/minit) yang tinggi akan meletakkan banyak bebanan ke atas kemampuan aerobic (pernafasan) anda. Pada kelajuan yang sama, rider yang fit akan mampu bertahan lebih lama pada kadar 90 rpm menggunakan gear lebih ringan berbanding 60 rpm pada gear lebih berat.
Bereksperimen dengan diri anda untuk mendapat gabungan gear dan cadence yang sesuai untuk anda.
Penggunaan gear yang sempurna
Dengan menggunakan MTB dengan 9 kelajuan, anda akan mendapat sebanyak 27 kombinasi gear. Yang mana satu perlu anda gunakan? Secara asasnya pengunaan gear belakang adalah perlu untuk menyesuaikan dengan pertukaran keadaan trail atau tahap dakian. Manakala gear depan adalah untuk kegunaan sekiranya terdapat perubahan mendadak kepada keadaan trail. Gunakan gear hadapan (chainring) seperti berikut:- Ring besar (big ring): Downhill atau kayuhan laju di permukaan rata
- Ring tengah (middle ring): Pendakian sederhana atau kayuhan perlahan di permukaan rata
- Ring kecil (granny ring): Pendakian panjang atau pun curam
Kekalkan rantai anda di kedudukan paling lurus
Secara teorinya, anda boleh mengubah rantai ke keseluruhan 9 kelajuan pada cassette (cog) belakang sambil mengekalkan gear depan pada mana-mana ring. Tetapi ia boleh mengakibatkan rantai terlompat gear, merasa kasar dan rantai serta cassette akan cepat haus.Dalam banyak keadaan, adalah lebih baik anda menggunakan ring tengah. Dengan kombinasi gear belakang yang banyak akan dapat membantu anda melepasi pelbagai situasi. Satu fakta menarik ialah, ramai dari downhiller yang kuat akan hanya menggunakan satu ring bersama chainguide pada basikal cross country mereka.
Kekalkan ketegangan rantai anda agar ia tidak mudah terjatuh. Elakkan menggunakan ring kecil dan cog terkecil. Ini akan membuatkan rantai anda senang terjatuh terutama ketike menuruni downhill yang agak kasar.
Ratio penggunaan gear yang betul mengikut ring pada crank
Tukar gear dengan lembut dan tidak tergesa-gesa. Jika anda melihat
terdapat dakian mengejut di hadapan, tukar gear anda di awal dakian
tersebut. Penukaran secara mengejut boleh mengakibatkan tekanan
berlebihan pada rantai dan boleh mengakibatkannya terputus. Pusingkan
crank dengan agak perlahan semasa melakukan penukaran gear.Artikel ini dipetik dari Panduan Mountain Bike Trailrider Blueprint.
Langgan:
Catatan (Atom)