Pages

3 Februari 2013

Teknik Mendaki Laluan Curam

Pernahkah anda mendaki (climb) yang sangat curam sehingga roda depan basikal anda terangkat?
Kami pasti majoriti mountain biker pernah mengalami situasi sebegini. Persoalannya, bagaimanakah kita mahu mengatasi masalah ini?
Perkara asas yang paling penting difahami ialah fungsi imbangan ketika mendaki atau menuruni bukit. Sebagai rider kita perlu memastikan badan kita berada di tengah-tengah pusat graviti bagi memastikan kedua-dua tayar basikal mendapat tekanan yang cukup untuk cengkaman.


Oleh itu kita biasanya akan menundukkan badan ketika mendaki dan menolak badan ke belakang saddle (seat) ketika menuruni bukit.

Jadi, jika mendaki sehingga roda depan terangkat, apa yang perlu kita buat?

Mudah sahaja. Roda terangkat kerana bahagian depan basikal menjadi terlalu ringan disebabkan pendakian yang curam (terlalu menegak). Roda menjadi ringan kerana badan kita tidak berada di pusat graviti yang betul. Di sini anda boleh mencuba 2 perkara berikut:
  1. Tundukkan badan ke depan dan dagu menghampiri (setentang) stem. Ini akan menambah berat pada roda hadapan.
  2. Jika masih tidak cukup, cuba anjakkan diri ke depan dan duduk di hujung muncung saddle. Ini akan lebih memberi tekanan dan cengkaman yang baik kepada kedua-dua roda basikal anda. Roda depan tidak akan terangkat dan roda belakang tidak menggelongsor.
Jika roda belakang mula menggelonsor, licin dan tidak dapat berkayuh lagi, tegakkan semula sedikit badan anda untuk memberi tekanan kepada tayar belakang.
Adalah amat penting juga untuk anda meneruskan pusingan kayuhan untuk memudahkan imbangan. Jika terhenti, anda mungkin tidak dapat mengawal basikal dengan baik dan akan terjatuh. Berusaha untuk meneruskan kayuhan walaupun perlahan dan menggunakan gear yang paling ringan.

Tips untuk melakukan pendakian Non-Stop (khusus untuk beginner)

Tips ini mungkin sesuai bagi mereka yang baru berjinak-jinak dengan MTB atau yg masih cuba untuk melakukan dakian bukit panjang yang pertama secara non-stop. Kita ambil contoh mana-mana bukit dengan ketinggian lebih 200m dengan jarak dakian minima sekitar sebatu atau 1.5km.
Bagi yang dah mencuba atau mendaki kali pertama tentu mengetahui bahawa ianya tak semudah yang disangka. Pernafasan mungkin cukup huru-hara. Walaupun begitu, tujuan artikel ini adalah untuk menerangkan tentang ‘base fitness’ sebelum ‘push’ ke tahap seterusnya.
Sebagai permulaan, cuba beberapa perkara berikut:
  1. Kunci utama adalah mental – ini sahaja kekuatan yang ada pada orang yang mungkin tidak berapa larat. Sebab dari sini akan datangnya target.
  2. Sebab kekurangan tenaga, maka kayuhan mungkin adalah yang paling slowwwww… Jadi, terus guna gear yang paling ringan.
  3. Untuk melakukan non-stop bermakna anda tidak boleh berhenti! Jadi kayuhlah paling slow, tidak perlu push untuk laju. Yang paling penting – pusing crank tu satu, satu dengan segala kudrat yang ada.
  4. Untuk bersabar, kita mungkin perlu tunduk sahaja. Kurangkan melihat ke hadapan bagi mengelak rasa ‘down’ sebab nampak masih jauh lagi.
  5. Bila sudah terlalu slow, kadangkala speed meter pun akan menunjukkan 0km/j… maka imbangan pun jadi kelam kabut. Oleh itu, pusingkan hendal ke kiri dan ke kanan untuk imbangan.
  6. Tebalkan muka dan buat tak tahu saja! Maklumlah dah slow, maka adalah yang akan potong. Biarkan dan tak perlu kejar… layan diri sendiri sahaja.
  7. Tak perlu kira masa. Ambil masa selama mana pun asalkan crank itu berpusing dan tidak berhenti. Pejam celik, pejam celik, anda akan sampai juga ke puncak juga nanti.
Yang penting adalah menghabiskan dakian tersebut sekali harung. Selepas itu bolehlah membuat penilaian apa yang boleh diperbaiki. Mungkin, bila sudah berjaya maka keyakinan pada kemampuan diri sendiri akan bertambah. Kalau kali pertama purata kelajuan adalah 5km/j, di masa akan datang boleh cuba untuk 6km/j pula dan begitulah seterusnya.
Mungkin juga anda boleh adjust mana-mana setting yang patut untuk memudahkan dakian seperti menukar stem yg lebih panjang dan lain-lain. Anda boleh juga bereksperimen dengan gear yang sesuai, bergantung kepada tahap kecerdasan diri.

Aerobic vs Anarobic

Mungkin ramai yang tidak perasan perkara ini. Ianya berbeza bagi setiap orang. Sebagai contoh di antara Lance Armstrong dan Jan Ulrich – 2 ikon rider utama di Tour de France.
Bagi Lance Armstrong, beliau biasanya akan menggunakan gear yang lebih ringan tetapi kayuhan yang lebih laju. Ini kerana Lance mempunyai kelebihan dari segi Aerobic (jantung). Manakala Jan Ulrich sering menggunakan gear yang lebih berat kerana punya daya Anarobic (kekuatan otot fizikal) yang lebih tinggi. Dapat bezakan?

Yang Mana Satu Kekuatan Anda?

Ini anda kena rasa sendiri. Bagi kebanyakkan yang pernah menjadi atlit seperi larian jarak jauh, mereka pasti punya kelebihan dari segi aerobic. Bagi yang bukan atlit, maka secara dasarnya akan ada kekurangan dari segi aerobic.
Bila berkayuh laju, atau menggunakan gear ringan terlalu laju, maka akan cepat penat atau kehabisan angin. Jadi antara penyelesaian yang boleh dilakukan ialah latihan untuk kekuatan kaki atau anarobic. Teorinya adalah dengan menggunakan gear yang lebih berat tetapi kelajuan kayuhan yang sederhana. Maknanya kita akan kayuh lebih berat ketika climb, tidak terlalu laju tetapi akan rasa lebih relak, jimat tenaga untuk jangka masa panjang.
Dalam kebanyakkan kes, tidak perlu berlumba atau kejar mereka yang potong anda. Mungkin mereka punya kemampuan aerobic yg tinggi dan mengejar mereka akan hanya membuang masa serta menghabiskan tenaga dan angin anda.
Tetapi diingatkan bahawa tip ini tidak sesuai untuk semua orang. Ia bergantung kepada kemampuan individu yg berbeza. Klik ‘Like’ jika anda sukakan artikel ini dan kongsikannya dengan rakan-rakan yang lain…

Dipetik dari rajabukit.com